Facebook

UPDATE : Study week!

Nisha | 05:13:00 | 0Comments |

Assalammualaikum semua.
Okey, Dah lama rasanya tak update entri biasa. Nisha betul-betul minta maaf. Haritu ingat nak update entri review movie 'it' tapi tak jadi pulak. Takda masa lah korang. Kat sekolah ada program pecutan SPM. Cuti ni pun kena study. Mama Nisha dah bebel bila Nisha duk hadap phone/pc lama-lama.

Masuk balik pada tajuk entri, Nisha sekarang tengah berusaha nak cover balik semua tajuk untuk subjek-subjek SPM. Risau betul kalau2 tak sempat nak cover semua. Nisha ada tiga subjek yang Nisha lemah / kurang mahir.




1. Matematik
2. Matematik tambahan
3. Prinsip perakaunan

Haha, Nisha tahu.. Mesti korang pelik. Kalau dah tak boleh bawa maths, kenapa bawa addmaths? Kan?? Lol, entahlah. Pada mulanya Nisha minat maths. Something happened and yeah. I started to hate maths. Lagi-lagi yang berkaitan nombor-nombor ni. Ya Allah, rasa macam "bapak menyemak dohhh" lol. But its okay, Nisha  dah sedar dan start suka balik ketiga-tiga subjek kat atas ni.



Nasiblah ada sorang kawan Nisha ni yang boleh dikatakan mahir bagi subjek-subjek di atas sudi nak ajar Nisha. Alhamdulillah, kitorang dah bercadang untuk study bersama-sama selama seminggu ni. Dia pun tak balik kampung. Kalau kitorang study dua orang je, memang confirm masuk apa yang nak di baca/ hafal / buat. Bukan apa, kalau ramai-ramai, memang serius tak masuk! Buat penat je keluarkan buku. Last-last borak je memanjang. Belajarnya idok. haha

Tadi pun kitorang study selang seli. Account, math, addmaths. Bila dah sampai tahap tak boleh sambung nak belajar, kitorang berehat. Nisha layan main game manakala dia layan Youtube. Tengok DIY.


Selain daripada tu, Nisha nak share sikit app yang sekarang Nisha selalu guna. Satu je, iaitu JOOX!

JOOX ni sebenarnya dulu Nisha tak suka pakai. Tapi sekarang baru pandai pakai lol. App ni memang sumpah terbaik. Lagu-lagu semua baru-baru. Dorang siap buatkan playlist ikut kategori lagi. Playlist gembira, sedih, kecewa semuanya ada. Playlist nak pergi shopping pun ada! Haaa memang mantop!

Nisha paling suka bila tekan GIFT dorang. Ada satu ikon hadiah kecik warna biru. Bila korang tekan nanti dia akan bagi free listen selama 12 jam APABILA kita share satu lagu dekat WeChat / Facebook. Nisha selalu post dekat facebook.

Tips dari Nisha, Nisha tak post dalam facebook sebenar Nisha. Nisha post dekat akaun facebook yang lain. Kira menipu jugaklah huhu. Bukan apa, bila dah habis dengar, kena share lagi sekali untuk dapatkan free listen 12 jam berikutnya. Takkan Nisha nak spam dekat facebook Nisha pasal lagu je huhu




Alright. That's all kot. Esok pun Nisha and kawan Nisha nak study subjek yang sama. Wish us all the best yaaa!

Tata titi tutu~!

Salam sayang,
NISHA NISRINA

No comments:

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.