Facebook

Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 - HASRULHASSAN.COM

Nisha | 06:23:00 | 3Comments |
Klik gambar ya jika mahu join ^____^ atau pergi ke >SINI<

           My First Blog, well to be honest, time first-first dulu Nisha mulakan blog.. Bukan blog ni yang Nisha guna. Nisha guna satu blog lama. Tapi entah macam mana blog tu hilang. Maybe pihak blogger delete kot sebab dah lama tak aktif dengan email tu. Blog tu serius legend gila! Since darjah lima woooo hahaha.

          Kenangan lawak, Nisha ingat lagi time dulu-dulu mesti ada ja widget baru nak letak dalam blog. Lagi-lagi widget orang KPOP yang kata "Welcome to my blog" . Kalau jumpa fav member group kpop tu je, perghh confirm-confirm  letak! Kalau boleh setiap hari nak tukar widget baru. Tu belum campur bubbles tepi kiri kanan blog. Memang semak habes! XD Almaklumlah... Budak baru belajar. Ditambah dengan effect snow lah, hujan lah.. aishh, memang ribut taufan lah jawabnya blog tu hahaha. Readers nak baca pun tak boleh lol.

          Apabila dah lama-lama tu, hobi Nisha yang hanya suka2 nak berblog terus bertukar kepada serius. Nisha create akaun baru dan start belajar edit melalui Lyssasecret, AtiqahJaidin & Fatinhalid . Photoshop CS4 menjadi peneman Nisha selama Nisha bergelar blogger sewaktu ketika dahulu. Dan macam-macam lagi Nisha belajar! Sampai satu tahap tu rabun Nisha naik kot. Nisha start pakai cermin mata sewaktu darjah enam. Orang semua ingat Nisha pakai spekmata sebab nak UPSR . Iyela... rajin baca buku nak ulangkaji sampai waktu malam... Hakikatnya dorang tak tahu yang rabun Nisha naik sebab online blog 24 jam XP

          Cara Nisha masuk ke dalam dunia blogger pula ialah disebab satu buku novel yang berjudul, Si Blogger Kampung. Dalam buku tu dia ada bagi tutorial macam mana nak buat blog. Dari situlah Nisha belajar. Pada mulanya, Nisha buat senyap-senyap tanpa pengetahuan parents Nisha. But, bila dapat tahu cikgu sekolah Nisha pun ada blog... Terus Nisha bersemangat nak blogging then bagitahu parents.

          Harapan Nisha apabila join segmen ni, Nisha nak jumpa ramai lagi blogger ohsem dekat luar sana. Selain daritu, Nisha nak bandingkan blog Nisha dengan blogger lain. Mana tahu kalau-kalau ada yang boleh Nisha baiki dan belajar dari blogger lain. Takdalah Nisha dengan dunia Nisha sahaja hahaha. Baiklah. Itu sahaja entri untuk kali ini. Terima kasih ya semua kerana membaca.

Salam sayang,
Nisha Nisrina

~My Details~
Instagram : @Nisrinanisha
Facebook : Nisha Nisrina
Twitter : @Nisrinanisha
Email : nornisrinanisha@gmail.com

3 comments:

Busyra Takiyudin said...

gud luck dik :)

Hasrul Hassan said...

Ohh saya baru tahu ada novel tajuk Blogger Kampung .. menarik je bunyinya tu. Tapi macam saya la kot, blogger kampung je.

Apapun tahniah bila menjadikan blog ini sesuatu yang boleh berikan manfaat pada diri dan pada orang lain.

Terima kasih sbb join segmen saya, dan alhamdulillah, saya terima masuk blog ini ke dalam bloglist.

Juls Julie80 said...

selamat bersegmen.. hihi

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.