Facebook

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Nisha | 02:41:00 | 18Comments |

Untuk menyertai Segmen ini, sila




           Assalammualaikum semua! Okey, hari ni Nisha nak perkenalkan diri Nisha dengan korang semua melalui segmen ni. Harap-harap korang semua dapat kenali Nisha dengan lebih mendalam lagi lepas habis baca entry ni ya! ^^

           Baiklah. Soalan biasa, nama penuh?? Nama penuh, NorNisha Nisrina. Binti tu tak payah lah ya. Tak penting sangat hehe. Umur? Alhamdulillah, umur Nisha genap 17 tahun bulan lepas (5 Ogos). Yup! Nisha salah sorang mangsa SPM! *oh no!!!* Bilangan subjek? Nisha ambil 10 subjek. Aliran pula aliran perdagangan (termasuk subjek prinsip perakaunan, ict & matematik tambahan) Popular tak dekat sekolah? Well, takdalah nak popular sangat. Popular pun di kalangan kawan-kawan ja huhu. Anak ke berapa? Adik beradik? Ehem, saya anak tunggal! Yeayy sape yang anak tunggal tu cer sep sikit!! Hehe.

          Subjek kegemaran ialah bahasa melayu dan bahasa inggeris manakala subjek paling tak suka ialah matematik. Nisha suka karang sesuatu. Macam karangan. Nisha tak suka terikat dengan sesuatu.To be honest lah kan, Nisha ni jenis yang bebas. Pasal subjek math tu, taktahulah nak kata macam mana. Nisha minat matematik. Tapi bila time periksa tak boleh jawab. Maybe math kot yang tak minat Nisha balik? T3T

          Hobi? Bercakap, baca novel dan menulis. Bercakap tu bila time present sesuatu kat kelas ja haha. And yes! Saya seorang ulat buku! Semua yang Nisha nak, Nisha akan tulis. Dahtu bila baca balik, rasa macam best je haha. Lagi-lagi bila part nak kan sesuatu tu terjadi. Example like jumpa jodoh ke ha gituu haha. Cita-cita pulak? Nisha nak jadi seorang penulis sebab Nisha nak pandai kembangkan idea Nisha yang ada dalam kepala otak ni kepada ayat. Salah sorang idola Nisha dalam dunia penulisan ialah Ain Maisarah. Dia punya ayat tu perghhh. Gedik2 je bila baca haha.

          Makanan feveret sudah semestinya masakan mama Nisha! Air feveret pulak ialah carrot susu! Wushhh sedap wooo. *_* Next, stay kat mana? Orang mana? Okey. Nisha sekarang stay dekat Sepang. Area rumah Nisha near dengan Pantai Bagan Lalang (yang ada Sepang Goldcoast tu) Time kecik2 dulu selalu sangat mandi pantai. Bila dah besar, rasa menyesal sebab kulit dah tak cerah macam time baby dulu lol. Satu lagi sekarang Nisha dah jarang ke pantai eventhough sekarang ni dorang tengah adakan Pesta Pantai. Asal pulak dari Selangor. Mama Nisha asal Penang and Daddy Nisha asal Johor. 

           Fakta menarik pasal Nisha. Well, Nisha suka kan cerita seram. Kalau boleh nak je baca semua novel seram yang ada dekat pasaran tu ha. Bukan apa, dari kecil lagi Nisha start minat cerita2 mistik ni. Tapi takdalah sampai nak jumpa benda2 tu huhu. Nisha hanya suka dengar cerita. Perasaan ketika dengar cerita tu pun dah cukup buat Nisha. Nisha suka kumpul cerita seram dari semua orang sebab Nisha nak jadikan inspirasi bagi novel seram Nisha di Wattpad. Berjudul , Cinta Sixth Sense. Hah! Cepat! Siapa2 yang follow Wattpad, follow Nisha! Username : @nisrinanisha.

            Tambahan, Nisha ada dua orang rakan yang sudah terbuka hijabnya. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua mereka sebaya dengan Nisha. Kalau ada apa-apa yang Nisha nak tanya, Nisha terus akan tanya dekat dorang. Ada sampai tahap tu dorang berdua marah Nisha sebab asyik tanya pasal benda2 tu semua lol. Bila dah macam tu, Nisha stop tanya then lama2 tu sambung balik tanya hehe. Bukan apa. Rasa macam "waaaa" bila dengar cerita dorang. Tapi paling Nisha tak suka bila dorang cakap "benda tu ada je dekat belakang kau" like the hell? =.=

          Mesti korang tertanya. Kalau Nisha dah minat cerita seram, Nisha ada follow Fixi tak? Minat cerita2 Fixi tak? Urmm.. jujur Nisha kata (ni pendapat sendiri) Nisha tak berapa nak gemar sangat baca novel macam Fixi. Nisha okey baca tapi tak gemar. Banyak mencarut dan agak 18+. Nisha lebih kepada novel seram yang tatabahasa nya mantop! Maaf ya. Buku Fixi pun Nisha baru ada satu iaitu, KACAU. Fakta lain, Nisha suka tengok kartun! Lagi-lagi spongebob. Uishh my feveret sangat2! Patrick is my bae kay! Hehe.

          Lastly, Nisha seorang kpopper. Group yang Nisha suka setakat ni ialah Red Velvet (Irene), Blackpink (Lisa) dan B.A.P (Himchan). Nisha start jadi kpopper sebab sedara Nisha, dalam tahun 2009. Time tu tengah gilakan Super Junior, B2ST & SHINee. Sampai time form 3 Nisha stop sebab Nisha jadi Directioner. Lepastu Nisha jadi kpopper balik time form 4 lol.

          Eh? Habistu? Artis melayu minat tak?? Aip! Jangan ingat Nisha layan mamat korea Nisha tak layan mamat melayu! Hehe. Nisha minat dua orang!


Pertama, Harris Alif. Second, As'ad Motawh. Harris Alif tu sebab dia hencem hihi dan juga dia pegang suara watak Kapten Kaizo Boboiboy. Ha! Lupa pulak. Nisha minat boboiboy sekali! Huhu lupa nak mention pasai tu. Adoiii. Nyanyok betui! Asad pulak sebab suara dia. Memang ketagih gila kot dengar lagu Senyum. Sampaikan Nisha set lagu dia dekat dalam blog HBJ ni. Ha, tak caya cer tekan play dekat sidebar tu. Hoho


          So yeah. That's all. Sekarang Nisha tengah release kan tension dengan baca cerita dekat Wattpad since Trial SPM habis harini. (Or maybe watch famous Youtubers videos like BrentRiver or LaurDIY) >3< Terima kasih ya korang kerana sudi baca sampai sini. :* Nisha sayang korang semua ketat-ketat!!

  • Tarikh Tamat :

1/12/2017

  • Hadiah :

1st. Kamera Aksi , 2nd Headset , 3rd MP3 with USB



~My Details~
Instagram : @Nisrinanisha
Facebook : Nisha Nisrina
Twitter : @Nisrinanisha
Email : nornisrinanisha@gmail.com

 Untuk menyertai Segmen ini, sila

18 comments:

Sofinah Lamudin said...

Hai Nisha.. terima kasih join segmen suai kenal blogger ni. So farm Nisha is the younger blogger yang akak jumpa dalam dunia blogger ni pada tahun ni. What is Wattpad actualy?

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

salam kenal nisha , muda lagi rupanya ,,, CCL dari perlis ,, 24 tahun da

Hasliynda Umairah said...

good luck

cci said...

hai nisa.... mda lagi dia... gud luck in SPM exam....
dtg menjengah

Haslina Kasbulah said...

Salam kenal nisha.. all the best for ur SPM.

Syahidah Fadilah said...

good luck :D

Nisha said...

@Sofinah Lamudin hai! sama2 hehe :3 really? Woaaa thats awesome! tapi nisha pasti ada lagi blogger ohsem yg muda kat luar sana lol XD Wattpad tu untuk baca cerita online. Dia macam ebook juga tapi lebih kpd untuk org luar tulis cerita sendiri. And its free! dah ramai wattpadders terbit buku (fizikal) disebabkan Wattpad ni tauuu ^_^

Nisha said...

@✿Cik Cappuccino Latte ✿ haii! hehe >//< oh i see ^^ terasa diri ni muda pulak ihihi =P

Nisha said...

@Hasliynda Umairah Terima kasih ❤❤❤❤

Nisha said...

@cci aipp! Nisha lah XD not Nisa T__T thank you ^^

Nisha said...

@Haslina Kasbulah hai! me too :> thankchuu ❤

Nisha said...

@Syahidah Fadilah Thankchu! :D ❤

Azhafizah Md Nor said...

Hai Nisha!

Salam kenal

http://www.azhafizah.com/2017/09/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

hai nisha ,,kpop lover rupanya

Noor Maizan said...

All the best SPM awakkk, hihi. Selamat berkenalan juga.

Dedaun Comel said...

Salalm kenal dari saya Dedaun Comel :)

Sofinah Lamudin said...

SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA
1. Pengumuman ke-4 = http://www.sofinahlamudin.com/2017/11/pengumuman-4-segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh-malaysia.html
2. Selamat berkenalan = http://www.sofinahlamudin.com/p/suai-kenal.html

Elih Japahar said...

Hai Kpoper hehe..

http://www.elihjapahar.com/2017/11/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.