Facebook

August Fav Book : HIJAB karya Aida Adia

Nisha | 04:15:00 | 1Comments |
 
Rating : ★★★★★!
Tempoh baca untuk habiskan novel : 2 hari!
One word to describe this novel : GEMPAKKKK!


Assalammualaikum semua! Okey, harini Nisha nak buat short entry dengan review novel HIJAB by Aida Adia. First, Nisha pasti yang korang semua tahu nisha memang gilakan cerita seram . Lagi-lagi novel seram. Haa, hampir nak penuh dah almari tu dengan novel seram. Dari Blinks, Fixi dan banyak lagi! Semuanya tersusun kemas. Balik semula, Nisha taknak spoil korang so Nisha hanya akan cerita apa yang Nisha dapat dari novel ni.


  • Watak utama :

Annisa Faiha ,
Okey. Time Nisha baca part depan tu Nisha terus jatuh cinta dengan watak dia ni. Harap sangat-sangat boleh jumpa dia in real life sebab banyak benda akan berlaku dekat dia dalam bab-bab seterusnya. Semua tu buatkan dia lebih kuat. Jadi Nisha nak peluk dia ketat-ketat huhu. Dahtu dia ni jenis anak yang baik dan tidak menyusahkan ibu dan bapa dia.


  • Part paling best dalam novel :

Time Annisa kena culik dalam alam bunian. Time tu rasa macam,


PERGHHH MACAM NI RUPANYA.
WAIT.. SO???
ER..... JAP.. JADINYA DIA NI.... 

Haaa see. Banyak juga plot novel yang telah di twist oleh penulis bagi readers rasa OMAIGOD OMAIGOD haha


  • Part paling annoying/tak syok dalam novel :

Time part si jahat tu muncul. Ya Allah.. kalau boleh macam nak gigit gigit je dia tu! Nisha taknak cerita sangat pasal dia ni sebab Nisha nak korang rasa sendiri macam mana rasanya bila jumpa orang tu huhu


  • Pengajaran :

Pada awalnya, Nisha ingat yang novel ni hanya akan tertumpu pada kes 'hijab' je. Tapi... sebaliknya ada lagi banyak isi-isi tersirat terkandung dalam novel ni. Semuanya berkait rapat dengan Hijab. Ibarat macam HIJAB ni ialah main poin dia la. Huraian2 dia semuanya menjelaskan lagi pasal HIJAB ni dengan kehadiran peristiwa dan adegan yang berlaku dalam novel ni. Haa gitu.

Moral of the story, Nisha dah taknak rasa nak buka hijab lagi. Sumpah seram wooo. Lagi-lagi lepas dapat tahu apa yang dilihat oleh Annisa ni. Bukan tu ja. segala rahsia kita boleh tahu. Nisha memang tak bersedia nak tahu semua rahsia tu dengan terbukanya hijab Nisha nanti. huhu

Tapi serius ah.. Nisha tabik gila dekat orang luar sana yang boleh memanfaatkan kelebihan ni dengan sebaik mungkin. Macam tolong orang.

Nisha pun ada sorang member ni dah terbuka hijab. Nisha ada tanya dia, "should I buka hijab?" Korang nak tahu dia kata apa?


Tak payah. Nanti kau jadi trauma. Pastu terus gila.
Ibu Nisha pulak kata,


Tak perlu. Ustaz-ustaz yang hebat lawan dengan 'benda-benda' tu semua pun demam lepas berlawan, inikan kamu yang takda basic nak hadap 'dorang'..
Ustazah Nisha pulak,


Buat apa nak buka hijab? 'Dorang' semua tu bukannya comel. kalau comel tu lainlah cerita.

hehehe


  • Others :

Novel ni ada sertakan beberapa ayat yang boleh diamalkan untuk lindung diri daripada Sihir dan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Nisha sendiri rasa benda ni actually sangat berguna sebab kita, readers pun boleh amalkan ayat-ayat tu. Bukan tu je, kita boleh share dengan orang-orang sekeliling yang tersayang.



Antara review lain yang Nisha dapat dari laman goodreads :



So yeah, that's all! Nisha harap korang dapat beli buku ni sebab guarantee best! Kepada yang dah baca, cer komen sikit kat bawah apa yang korang rasa best dalam novel ni. Tapi ingat! Jangan sampaikan spoil orang pulak!! hehe

Harap entry kali ni berguna. Selamat malam semua ^__^



1 comment:

Aida Adia said...

Hi Nisha.. TQVM dear for your ohsem review about HIJAB..
alhamdulillah.. terima kasih juga dpt menghadam keseluruhan cerita nya.. I appreciate that.. 😘😘😘
So, I'll be sharing your ohsem review at my page yea 😉

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.