Facebook

APABILA DISNEY IMPRESSION PERGI KE DISNEYLAND....

Nisha | 01:16:00 | 2Comments |
     Kejap!! Sebelum kita start, korang tahu tak apa tu impression dalam tajuk entri Nisha kalini? Okey. Impression ni macam dia tiru suara serta gaya sesuatu. Haaaa sudah faham? Hehe

     Alright, assalammualaikum semua! Okey. Harini Nisha nak share satu YouTube channel ni. Youtuber ni memang sumpah gempak gila! Dia boleh tiru nak dekat 100 suara watak-watak dalam citer Disney! Gila kan?? Nisha pun tak boleh buat macam tu CX Well, dia memang gifted kan, nak buat macam mana.. hehe.

     Semua orang dalam dunia ni ada kelebihan tersendiri. Macam abang kita sorang ni, Brian Hull. Dia boleh tiru suara watak Disney dan beberapa watak yang lain. Ha, mesti korang tertanya-tanya kan apa lagi yang dia boleh buat dengan suara-suara tu semua?

Antara yang dia dah lakukan, (Nisha rujuk YT channel dia) ialah dia buat cover lagu dengan suara watak-watak tersebut. Selain daritu, dia juga ada buat 'marathon' suara watak-watak tersebut. Best kan?

Jom kita serbu ramai-ramai ke YouTube channel dia!


Okey, kembali semula ke poin utama kita harini.. Nisha ada terjumpa satu video iaitu :


Doing Impressions to Characters at Disneyland

Hamek kau. tak pernah terfikir bila kita boleh ajuk suara orang tu and jumpa orang tu dgn suara serta gaya ala2 macam orang tu. *alamak berbelit pulak ayat!* Ha, nak tahu apa yang terjadi... Korang tengoklah sendiri ya! =P

(antara momen feveret yang Nisha suka)

     Tapi sumpah best kot dorang punya reaksi. Ada yang ternganga, terlompat-lompat macam beruk, tepuk-tepuk tangan dan lain-lain lagi! Yela. Imagine korang kena jadi maskot Donald Duck. Tetiba ada orang datang buat suara Donald Duck (diri korang time tu) tak ke happy? Kalau Nisha laaa.. memang Nisha lompat-lompat macam kanak-kanak ribena tu! Hihi Anyway, ada part paling touching bila watak tu peluk dia sebab terharu.

     Brian Hull ni pun pernah jugak buat suara time dia pergi drive thru. Pekerja tu memang terkejut gila kot lol XD kejap-kejap suara Mickey mouse. Kejap-kejap Donald Duck pastu Goofy. Korang cek lah videonya :


"Yay! There were laughing that makes my heart happy!!" -Brian

     To be honestlah, dia ni memang sweet. Dia maanfaatkan kelebihan dia dengan menggunakannya bagi membuat hari seseorang itu ceria. Jarang kan kita tengok orang yang nak tengok orang lain gembira. Sekarang ni Nisha tengok semua banyak buat hal masing-masing ja. Hmmm *geleng kepala*

Okey, antara video-video lain Impression yang korang boleh tengok melalui Playlist Brian ialah :










     So.... kalau korang diberi peluang untuk berjumpa dengan dia atau orang lain yang boleh buat suara watak tertentu, korang nak dorang buat suara watak siapa? Siapa watak feveret korang?

Atau... apa yang korang akan buat bila korang ada kelebihan macam abang Brian kita ni? Tolong orang? Buat orang gembira? Kerja? Cari pendapatan?

Haaa cer komen sikit! (:

2 comments:

farhanna jafri said...

Paling best tengok Donald Duck sebab dia happy sangat hahaha comel je

Nisha said...

@farhanna jafri Kan! Samalah kita! >//<❤❤

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.