Facebook

Info tentang Perfumes

Nisha | 21:20:00 | 2Comments |



Entry kali ni nak share sikit info pasal perfumes. Nak share sedikit tips sebelum korang rembat perfumes. Perfumes ni tak sama, ada pekat lekat dan ada kurang lekat pekat. Sebelum korang beli, try tengok kat kotak dia akan tulis Parfum, Eau de Parfum, Eau de Toilette, atau Eau de Cologne.

Sebenarnya keempat-empat kategori ini melambangkan kepekatan perfumes. Sedikit info yang Nisha translit dari info perfumes.



Parfum - Adalah perfumes berkepekatan tinggi. Sukar didapati kerana boleh menghakis kulit kerana kepekatannya. Mengandungi  15% sehingga 40% pati minyak. Digunakan untuk "membuat" perfumes. Harganya mahal dan keharuman paling kuat.

Eau de Parfum (EDP) - Adalah yang perfumes kepekatan kedua tertinggi dan juga kadang-kadang dikenali sebagai Parfum de toilette (PDT). Tahan lama sehingga 8 -12 jam, bergantung kepada pemakainya. Mengandungi  15% sehingga 20% pati minyak.

Eau de Toilette (EDT) - Kurang pekat. Mengandungi  5% sehingga 15% pati minyak. Haruman ringan. Tahan lama sehingga 4 -6 jam, bergantung kepada pemakainya. Sesuai untuk aktiviti harian.

Eau de Cologne (EDC)  - Kepekatan terendah. Biasanya mengandungi 5% dan ada mencapai 8% pati minyak. Sesuai untuk cuaca panas sebab bau tahan lama. Tahan lama sehingga 2 - 3 jam, bergantung kepada pemakainya.

Splash - Mengandungi  1% sehingga 3% pati minyak. Mungkin 30 minit atau 1 jam, bergantung kepada pemakainya.


Tapi kategori di atas hanya untuk original perfumes. Kalau yang cap ayam tu memangla bau cepat je hilangnya.




  • Tip dalam memilih perfume:


1) CUBA. Anda mestilah mencuba terlebih dahulu bauan dari perfume tersebut dalam masa sehari sebelum mengambil keputusan untuk membelinya. Kenapa? Wangian dari perfume biasanya berubah mengikut peredaran waktu. Baunya akan berbeza selepas disembur dan selepas 2-4 jam selepas itu.

2) JANGAN TIRU. Membeli perfume berdasarkan perfume yang digunakan oleh kawan anda adalah tidak digalakkan. Mungkin bauannya di badan kawan anda selesa dengan anda, tetapi tidak semestinya ianya serupa apabila dipakai oleh anda sendiri. Ini kerana kimia dalam badan tubuh setiap orang berbeza, dan ianya mempengaruhi wangian yang digunakan seseorang.

3) MINYAK. Wangian yang digunakan pada kulit berminyak akan tahan lebih lama berbanding digunakan pada kulit yang kering. Jadi orang yang berkulit kering perlu menyemburnya sebanyak 2 kali untuk ketahanan bau yang lebih lama.

4) DIET. Diet yang berubah secara dramatik juga akan mempengaruhi wangian yang digunakan dan ianya boleh berubah.

5) SERBUK KOPI. Apabila mencuba wangian di kaunter, hidu serbuk kopi yang disediakan untuk menghilangkan bau dari perfume sebelumnya, kerana kemungkinan ianya akan mempengaruhi wangian yang dicuba selepas itu.

6) HARGA. Belilah perfume dengan harga yang berpatutan dan tidak terlalu mahal.

7) MATAHARI. Jauhkan perfume dari sinaran matahari dan suhu yang panas, kerana ianya mampu mengubah bau yang terdapat pada perfume tersebut.


Image result for princess and a frog perfume tumblr gif
# Dari perkongsian sosial network.
(via cik farah)

2 comments:

farhanna jafri said...

baru tahu beza 4 jenis ni. Selalu baca je tapi tak pernah pulak tahu beza haha. singgah sini balas kunjungan :D

sHaRiNa eLyaNa said...

eh ada byk jenis ka pla, sha xberapa suka wangian ni..lagi2 yg menyusuk hidung, adui boleh migrain, patutlah sha xtau byk jenis haha

www.opzzpinky.my

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.