Facebook

Blog berhabuk woii!

Nisha | 07:56:00 | 0Comments |

Assalammualaikum semua! Ya Allah, Nisha minta maaf sangat-sangat sebab dah tak aktif sangat dalam dunia blogging. T3T Rasa macam ketinggalan juga tengok timeline semua blogger lain asyik update memanjang. Ini pun Nisha ada masa untuk online sekejap sebab cuti seminggu. Nasiblah takda kerja khusus since semuanya dah siap hari tu. (ICT, Prinsip perkaunan, Matematik tambahan) Yeah... Tiga!! Alhamdulillah juga sebab semua sempat disiapkan sebelum tarikh tamat nak kena hantar.


Haa pasal Trial SPM pulak. Yesh guyshhh Nisha sedang menghadapi Trial! Ya Allah.. kemain struggle kau nak kena buka balik buku f4. Baca, Hafal, Tulis, Latihan. Itu je lah yang Nisha dok buat. Tapi kadang-kadang ke laut juga. XD Iyalah.. Takkan nak fokus kat buku 24 jam je kan. Naik juling mata ni karang. @_@ Kita mestilah ada buat benda lain. Macam Nisha, Nisha akan tengok youtube, layan lagu jiwang atau kpop, atau tengok tv yang ada movie-movie best tu. Haaa dahtu baru sambung balik baca buku. Kalau dah tak boleh nak masuk sangat, Nisha pi makan apa-apa bagi ada mood belajar balik.

 


Nisha kembali malam ni ingatkan nak edit semua. Nak ubah header bagai . Kononnya tema kalini ala-ala macam LaurDIY gitu. Tapi last-last edit sikit ja. huhu Banyak gambar dia kat instagram catik-cantik. Jadi Nisha guna gambar dia as some of the photos in this blog. Credit goes to her okay! hehe Nisha suka sangat tengok video dia. Warna warni, orangnya pun peramah and comel.  Kadang-kadang banyak mulut jugak dia tu ehehe. Sapa-sapa yang nak follow dia, cer stalk dia dekat Youtube , Instagram dan Twitter. BONUS! Dia pun sama macam Nisha, Leo! hoho Nak diikutkan, Nisha ni kadang-kadang talkactive jugak. Mungkin #TeamLeo ni memang banyak mulut kot lol



Selain daripada tu, Nisha nak kongsi dengan korang lagu kegemaran Nisha buat masa ni. Memang lagu ni duk asyik ulang dalam kepala Nisha dari hari first lagu ni direleasekan. Korang kenal Asad Motawh? Alaaa yang mamat hencem tu! Hihi Well, memang betul en dia tu handsome HAHAHA Dahlah hensem.. pandai nyanyi pulak tu.. aigooo.. *emoji mata love* eh eh sempat pulak fangirling aku ni =.='' errrr sambung balik, yup guys. Lagu dia lah yang Nisha tengah gilakan <3 fyi , it's his first song tauu and tajuknya Senyum.

Here :



Bila Nisha rasa sedih or stress, memang confirm lagu ni akan naikkan mood Nisha to be more ceria. So, jangan lupa dengar tau! ((;

Alright, that's all kot. Nak dekat setengah jam jugaklah Nisha taip entry kali ni *waduh! Jari jemariku!* Its okay. ni semua untuk korang juga. ^_-  So, Goodnight semua! And Happy Eid Adha!! Jangan makan banyak-banyak tauuu nanti badan naik huhu Nisha pun sekaranng ni tengah diet T__T

Image result for waving gif
Yang ikhlas,
Nisha.
Penulis blog poyo HBJ *lol*

No comments:

© Copyright 2013 | ALL Right Reserved to Owner. Design With Love by Nurrul.